Saturday, 19 August 2017

ASRI AFFANDI: A.F.YASSIN PENULIS BELAKANG TABIR YANG AKTIF

Beberapa di antara karyanya dalam bentuk buku yang telah diterbitkan


HATINYA gembira apabila namanya mula-mula terukir dalam
akhbar Berita Harian pada tahun 1967. Walaupun coretannya
tidak lebih daripada “Surat daripada Pembaca” tetapi timbul
keazamannya hendak menulis. Keazaman tidak dibiarkan berlalu arus
tanpa usaha dan kegigihan lalu setahun kemudian, tepatnya tahun
1968, lahir sebuah karya kreatif pertamanya, genre cerpen yang berjudul
‘Suatu Keputusan’. Latar karya ini ialah Nagoya, Jepun dan kisah
yang dipaparkan ialah percintaan pemuda Malaysia dengan gadis Jepun.
Tentulah karya pertama itu yang tersiar dalam akhbar merupakan
pengalaman hari yang menyentuh perasaan dan hatinya ketika enam
bulan berada di Nagoya kerana mengikuti kursus intensif kejuruteraan.
Ertinya, beliau terlatih dan terdidik dalam bidang mesin dan jentera,
tetapi di sebalik kekasaran jentera dan kebisingan mesin itu sendiri,
timbul semacam kehalusan cita rasa dalam sanubarinya.

Kini, beliau telah menghasilkan lebih 50 buah cerpen, tetapi jarang
orang memperkatakannya sebagai karyawan. Beliau begitu terkenal
sebagai penulis kolumnis. Sekarang, beliau didampingi dan malahan
beliau juga mendampingi penulis, bertukar-tukar fikiran tentang ran-
cangan penerbitan buku sesuai dengan tugasnya sebagai pengurus
penerbitan merangkap ketua editor Penerbit Fajar Bakti, jawatan yang
dipegangnya sejak tahun 1983.

Jasanya dalam bidang penerbitan cukup besar, terutama dari
segi mengetengahkan buku-buku akademik dan ilmiah dalam bahasa
Melayu. Pada tahun 1980, tiga buah buku terbitan Fajar Bakti terpilih
untuk teks kesusasteraan Melayu, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Judul-judul yang dimaksudkan ialah Hikayat Malim Deman, Bahasa
Alam dan Suatu Subuh yang Bening. Pada tahun 1978, sebuah sahaja
terpilih, iaitu antologi puisi susunan Dharmawijaya.

Itulah A.F. Yassin, yang pada tanggal 25 Disember 1987 ini genap
usianya 43 tahun, kurang tujuh tahun setengah abad. Pada tanggal itu
juga, genap 20 tahun beliau berkecimpung dalam bidang penulisan,
kurang lima tahun suku abad. Nama lengkapnya ialah Ahmad Fadzil
Haji Yassin dilahirkan di Kampung Gadong, Negeri Sembilan. Beliau
lulusan sarjana ilmu komunikasi daripada Universiti Padjadjaran pada
tahun 1980. Dengan itu, A.F. Yassin merupakan penulis yang berilmu
dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi.
Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan
sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan
deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan
dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya.

A.F. Yassin pernah bertugas sebagai juruteknik di kilang kain Jepun
di Johor Bahru dari tahun 1963-70. Profesion ini menjadi pasport kepadanya
untuk mengikuti kursus intensif di Jepun. Desakan dalaman
yang kuat untuk menjadi penulis menyebabkan beliau meninggalkan
profesion kekilangan itu, lalu melibatkan diri dalam bidang penulisan
sepenuhnya. Mula-mula sebagai penyunting (subeditor) di Berita Harian
(1971-72) dan kemudian pembantu sastera di Dewan Bahasa dan
Pustaka sehingga 1976. Ketika inilah beliau mendalami ilmu komunikasi
dan searusan dengan itu, lahirlah tulisan-tulisan kolumnisnya
yang menarik, yang menyentuh persoalan semasa dan stail penulisan
yang menggigit dan menyengat dengan judul “A.F. Yassin dari Bandung”
untuk Dewan Masyarakat (1976-80).

Apabila beliau pulang setelah tamat pengajiannya, beliau diangkat
menjadi Pegawai Penyelidik merangkap Editor Dewan Masyarakat dan
Editor Dewan Budaya sehingga terpaksa melepaskannya pada tahun
1983. Semuanya itu menjadi asam garam dalam hidup dan oleh sebab
kehidupannya dibebani dengan pensel, dakwat, mesin taip dan sekarang
komputer, maka sekali gus itu pula merupakan asam garam yang
menggarami rentetan dunia penulisan kreatif dan deskriptifnya.
Orang selalu melihat kepada tulisan dalam bentuk buku. Puncak
daripada kegiatan 20 tahun itu, beliau dapat melahirkan dua buah
buku sahaja, antologi cerpen dengan judul Nyiur Bertuah Nyiur Celaka
terbitan Eastern Universiti Press (M) Sdn. Bhd. pada tahun 1981 dan
sebuah lagi ialah Etika dan Wartawan diterbitkan oleh Penerbit Fajar
Bakti pada tahun 1986 yang diangkat daripada tesis sarjana komunikasinya.
Namun, dua buah sahaja sudah membuktikan keaktifannya
sebab karya-karyanya banyak termuat dalam antologi bersama, terutamanya
cerpen seperti Suatu Subuh Yang Bening, Dongeng Merdeka,
Alun Menggulung Perlahan, Titisan Indah di Bumi Merkah dan Angin
Pulau.

Cerpen-cerpennya menggarap tema yang menarik, bermula daripada
kebiasaan dan kesengajaan dalam masyarakat yang berakar kepada
kepercayaan tahayul, sampailah pertembungan nilai moden sebagai
bantahan kepada nilai lama tadi dan langsung berarusan kepada karyakarya
yang berunsur futuristik, khususnya fi ksyen sains.
Dalam pada itu, A.F. Yassin tidak ketinggalan menjenguk
pergolakan negara dalam zaman pendudukan Jepun, suatu kisah yang
amat memikat generasi muda. Anggapan umum bahawa askar Jepun
bengis dan kasar tidak benar semuanya bagi penulis ini kerana di tengah-
tengah kekasaran ada kelembutan langsung misalnya panglima
perang Jepun yang berkubu di sebuah kampung di Negeri Sembilan.
Panglima itu memeluk Islam dan mengahwini perempuan Melayu.
Malangnya, masyarakat akhirnya menolaknya dan pembunuhan harus
dibalas dengan pembunuhan juga. Demikian ia berakhir dengan tragis
yang memisahkan kasih sayang seorang isteri bersama-sama suami
akibat keganasan perang. Ini merupakan kisah yang menarik, sebagai
kontradiksi kepada cerpen pertamanya.

Cerpen-cerpennya beralur biasa, beralur konvensional tetapi arus
pengalaman mengajaknya menghasilkan karya yang lebih sofistikated
dan berbelit-belit plotnya. Tidak ada yang kalah dan tidak ada yang
menang. Pertentangan akhirnya membawa padah seperti dalam Nyiur
Bertuah Nyiur Celaka. Disentuh pula kisah kepercayaan masyarakat
kampung kepada pawang seperti dalam “Dukun Leman Hidup Semula”.
Sama halnya dengan cerpen “Roh Haji Zainuddin yang ganjil”. Dalam
hal ketahayulan ini, penulis cuba mengalih akan obsesi masyarakat
kampung bahawa alam tahayul sebenarnya ciptaan manusia sendiri.
Oleh itu, masyarakat haruslah menolaknya. Dengan sebab itulah lahirnya
karya-karya fiksyen sains dan yang bercorak futuristik seperti
“Catatan Harian Kapten Amerus”. 

Ada anggapan bahawa fiksyen sains harus menonjolkan fantasi benar. Andaian ini tidak semestinya benar. Fantasi haruslah dilengkapi dengan fakta dan ilmu sains dan teknologi
dalam diri penulis akan menghasilkan fi ksyen sains yang munasabah
dan dapat dimanfaatkan. Di sinilah keberhasilan A.F. Yassin dalam dunia
sainsnya, lebih-lebih lagi yang berhubungan dengan tema penerokaan
ke angkasa lepas yang ada kaitannya dengan jurutera dan teknik.
Dalam perkara ini, karya-karya A.F. Yassin mengajak masyarakat pelajar,
terutamanya supaya berfikir.

Dulu-dulu, karyawan selalunya sasterawan. Tengoklah contohnya
seperti Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Keris Mas, Usman
Awang, A. Samad Ismail dan Samad Said, tetapi sekarang keterikatan
di antara kedua-duanya jarang dapat ditemukan. Dalam pada jarang - jarang
itu, A.F. Yassin merupakan seorang daripadanya. Itu pun
dahulu sebab sekarang beliau sudah menjadi perancang untuk gedung
penerbitan. Walau bagaimanapun, setidak-tidaknya dunia komunikasi
pernah dijengah dan langsung didalaminya dan sudah tentulah ada
pendapat bernas di sebaliknya.

Memang benar, kedalaman dan keluasan ilmunya sebenarnya terpancar
di sini walaupun tidak dapat dinafikan karya-karya sasteranya
pernah termuat dalam Dewan Sastera, Mastika dan Dewan Budaya.
Ada sesuatu yang dicantasnya dan ada sesuatu yang dibenarkannya.
Contohnya ialah apabila A.F. Yassin mengandaikan bahawa etika
wartawan belum wujud secara formal di Malaysia. Ini merupakan tesis
dalam bukunya Etika dan Wartawan. Bagi kami, etika wartawan sebenarnya
belum dilembagakan sahaja sebab sudah banyak akta dan
peraturan yang arus difi kirkan demi kelangsungan negara dalam suasana
aman, harmoni dan makmur untuk terus terangkum dalam se-
buah negara A United Nation.

Rasanya, saranan beliau amat tepat pada bahagian akhir buku ini bahawa
kebebasan akhbar yang disertai tanggungjawab sosial yang sesungguhnya
wujud di negara ini haruslah dimanfaatkan untuk meningkatkan
sesuatu konfl ik yang berlaku dalam masyarakat kepada tingkat
diskusi nasional hingga persoalan itu dapat diselesaikan, ter-utama
yang melibatkan kepentingan akomodasi ditinjau dari sudut sosial.
Dengan sebab itulah, wartawan perlu menunjukkan rasa perpaduan
melalui pembentukan persatuan wartawan yang bersifat profesional
pada peringkat nasional. Ini perlu difi kirkan dan seterusnya persatuan
akan menyedarkan masyarakat wartawan apakah mereka perlu kepada
wujud atau tidaknya etika kewartawanan itu.

Kalau misalnya etika kewartawanan itu perlu ada, ia haruslah disandarkan
kepada etika yang telah dipakai di negara-negara lain seperti
Indonesia, Jepun dan Amerika. Apabila sudah dibentuk, sebuah
badan kehormatan perlu pula diwujudkan untuk memastikan setiap
wartawan patuh kepadanya. Sesungguhnya ini merupakan saranan
yang amat berguna dan dapat dimanfaatkan.(27 Disember 1987)

(Dipetik dari buku Memoir A.F.Yassin 2 Menuju Pelabuhan Waktu 
yang sedang di peringkat bacaan pruf).

Friday, 18 August 2017

AGENDA UTAMA A.F.YASSIN BY TUAN ASRI TUAN HUSSEIN

Pengarang majalah Dewan Masyarakat, Datuk M. Noor Azam (tengah)
bersama Timbalannya, A.F.Yassin (kiri)
menemu bual Perdana Menteri ketika itu
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad (kanan)
di pejabatnya di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Kemajuan kerjaya A,F,Yassin sejak tahun 1963


SEBAGAI orang lama yang memulakan kegiatan sastera seawal
tahun 60-an, A.F. Yassin amat bertuah kerana sempat bekerja
bersama-sama empat Sasterawan Negara dan seorang tokoh
wartawan. Mereka yang beliau sifatkan guru ialah Tan Sri A. Samad Ismail,
Datuk A. Samad Said, Datuk Usman Awang, Keris Mas dan Datuk
Shahnon Ahmad.
Anak kelahiran Negeri Sembilan itu yang mencecah usia 53 tahun
menjelang Disember depan juga boleh berbangga kerana sempat bergelumang
di dalam tiga cabang bidang persuratan. Beliau memulakan
kerjaya sebagai wartawan akhbar Berita Harian sebelum bertukar ke
bidang majalah di Dewan Bahasa dan Pustaka dan melengkapkan ilmu
persuratan dengan mendalami dunia buku di Penerbit Fajar Bakti.
“Semua itu pengalaman yang amat berharga. Asasnya sama, iaitu
dunia persuratan, namun ada perbezaan tersendiri antara akhbar, majalah
dan buku saling yang berkaitan,” katanya.
Berbekalkan pengalaman berharga itu, A.F. Yassin yang kini menyandang
jawatan Pengarah Editorial, Penerbit Fajar Bakti bertekad
menjanakan misi tersendiri dalam memperjuangkan perkembangan
dunia sastera.
“Sebenarnya ada sesuatu yang merisaukan saya sejak dulu hingga
sekarang, iaitu masalah memasarkan buku sastera. Semua orang
tahu, kalau buku sastera itu tidak menjadi buku teks sekolah, jangan
mimpilah angka jualannya akan mencecah ratusan ribu. Jadi, agenda
utama saya kini di Fajar Bakti adalah untuk memperluas pasaran buku
sastera. Caranya, menghasilkan lebih banyak buku sastera untuk remaja
kerana merekalah golongan pembeli utama. Bukan merendahkan
mutu sastera tetapi menghasilkan suatu karya yang bersifat menengah,
iaitu karya sastera yang lebih dekat dan ada kaitan dengan remaja,”
katanya.
Menurutnya lagi, biarpun masyarakat hari ini sibuk memperkatakan
Internet, komputer dan Koridor Raya Multimedia (MSC), sastera
akan tetap berkembang dan buku akan tetap menjadi rujukan utama.
“Dulu orang cakap, kalau sudah ada televisyen, radio akan terkubur
tetapi kenyataan itu terbukti tidak benar. Samalah juga antara komputer
dengan surat khabar, majalah dan buku. Bahan cetak itu akan
terus diperlukan. Contohnya, nak pandai guna komputer perlu ada
buku rujukan. Jadi, tak perlu risau mengenai hal itu. Sastera juga akan
terus berkembang, cuma temanya saja yang mungkin berbeza tetapi
dasarnya tetap sama,” katanya.
PROFIL
NAMA: Drs. Ahmad Fadzil Yassin
NAMA PENA: A.F. Yassin, Fuad Hashim dan Pena Kembara
TARIKH LAHIR: 25 Disember 1944
JAWATAN: Pengarah Editorial Penerbit Fajar Bakti
PENDIDIKAN: Sarjana Sains Komunikasi Universiti Padjadjaran,
Bandung, Indonesia
PENGALAMAN:
1971 – Wartawan kadet Berita Harian
1972-73 – Anggota Sidang Pengarang Majalah DBP
1974-76 – Timbalan Pengarang Dewan Masyarakat
1980-82 – Pengarang Dewan Masyarakat
Jan-Mac 1993 - Pengarang Dewan Budaya
1983-93 – Pengurus Editorial Penerbit Fajar Bakti.
1993 – Pengarah Editorial Penerbit Fajar Bkti.
KARYA:
Antaranya:
Nyiur Bertuah, Nyiur Celaka; Kuala Lumpur (antologi cerpen); Suatu
Subuh Yang Bening; Angin Pulau; Alun Menggulung Perlahan; Cerpen
Selepas Perang (antologi cerpen bersama); Hidayah; Permatang
Budi (antologi puisi bersama).

Apa mereka kata tentang A.F.Yassin

Thursday, 17 August 2017

A.M.THANI : SIKAP DAN TEKNIK BAHARU PENGARANG DALAM GENRE CERPEN


A.M. Thani bekas Pegawai Penyelidik DBP mengulas cerpen yang tersiar dalam Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Ulasan ini dipetik dari buku Memoir A.F.Yassin 2 Menuju Pelabuhan Waktu.

Othman Puteh dengan cerpen Dia Jadi Pembunuh
A.F.Yassin dengan cerpen Nyiur Bertuah Nyiur Celaka
A.M.Thani (dua dari kiri) pengulas Cerpen Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia


Aziz Afkar dengan cerpen Musa Hilang Di Bulan
Mohd. Mansor Abdullah dengan cerpen Pahlawan Cangkul
Nahmar Jamil dengan cerpen Pulang Dari Sabah
Baharuddin Kahar dengan cerpen Remon Akan Pulang
Kamaruzzaman Kelantan (kiri) dengan cerpen Sepucuk Surat Dari Ulu


SEPINTAS lalu, ada petunjuk-petunjuk bahawa bidang cerpen kembali menjadi popular bukan sahaja dalam kalangan peminatpeminatnya, tetapi juga dalam kalangan cerpenis-cerpenis itu sendiri. Semakin hari karya-karya kreatif berdepan dengan masyarakat pembaca, berbagai-bagai ragam dan bentuk pula pengarang-pengarang mencernakan karya-karya mereka. Belum begitu jauh kalau mahu dikatakan ada semacam titik-titik pembaharuan dan percubaan oleh pengarang-pengarang kita dalam
usaha menyampaikan idea ke dalam bentuk-bentuk cerpen. Gejalagejala ini lebih banyak dapat dilihat dalam beberapa buah cerpen yang disiarkan oleh Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia keluaran bulan Februari lalu. Bulan lalu banyak merubah warna udara dunia cerpen kita. Ciri-ciri yang ketara dalam warna pembentukan dunia cerpen hariini lebih banyak menonjolkan sikap dan teknik penulisan penga-rang. Pembacaan sesebuah cerpen nampaknya bukan lagi pembacaan spontan bersama-sama perutusannya, tetapi mengundang banyak pemikiran untuk dapat sama merasa dan melihat persoalan dan profi l watak-watak yang diketengahkan biarpun dipersembahkan secara berlucu-lucu ataupun dicorakkan dalam daya imaginasi pengarang sendiri.

Cerpen “Pulang Dari Sabah” (Utusan Zaman, 6 Februari) oleh Nahmar Jamil merupakan sebuah cerpen monolog yang menarik. Berlainan daripada bentuk cerpen yang lain. Cerpen Nahmar Jamil tampil dengan teknik dan cara bercerita yang khas dan agak ganjil. Pengarang tidak lagi membatasi dirinya dalam penulisan cerpen yang memerlukan banyak watak dialog, tetapi lebih bersedia memberikan ruang bagi ersoalan-persoalannya itu supaya dihayati secara menerus dan menjurus untuk memahamkan pembaca dengan berbagai-bagai masalah dan suasana hidup manusia. Dunia abstrak bagi masyarakat di Sabah masih merupakan dunia yang luas dan hidup dalam alam pemikiran yang masih muda di mana pengaruh-pengaruh agama juga menjadi satu perkara baharu. Secara menjurus pembaca dibentangkan dengan perkembangan kehidupan orang-orang di Sabah yang lebih banyak menghormati moral daripada nama dalam mencari keyakinan hidup sendiri. Biarpun cerpen “Pulang Dari Sabah” dihidangkan dalam bentuk yang agak simple, seolah-olah seperti one-man-show sahaja, namun kejayaan cerpen ini terletak pada kelancaran bahasa yang dimiliki oleh pengarangnya. Tidak ada dialog dan watak-watak yang jelas, tidak sekali mencederakan jalan cerita dan penilaian cerpen itu sendiri. Hemat saya cerpen Nahmar Jamil bisa diterima dalam konteks demikian 

Pada minggu yang sama, kita lihat Othman Puteh melalui cerpen “Dia Jadi Pembunuh” (Mingguan Malaysia, 6 November) mengemukakan persoalan yang diasaskan pada satu peristiwa yang tidak pernah dihuraikan, malah bergantung semata-mata pada pendirian dan sikap seseorang yang lazimnya gemar mengambil tindakan yang terburu-buru. Jamaan yang terburu-buru bertindak balas membunuh pemandu yang melanggar anaknya, Badri, mendapati tindakannya itu tidak selamanya dapat menenteramkan hatinya. Hati Jamaan bukan sahaja luluh untuk melihat cita-cita anak itu berjaya dalam hidupnya, tetapi turut menginsafi penderitaan isteri pemandu yang terpaksa menjadibalu pada ketika akan melahirkan anak sulung mereka pula. Cerpen ini nyata ditulis dengan penuh pengertian tentang telatah manusia. Gaya bahasa pengarang menjadi alat pemintar untuk menggambarkan kelemahan sikap seseorang dengan simpati serentak dengan pengajaran yang cukup tajam. Pengalaman juga meminta pengarang untuk menegaskan bahawa manusia hanya bisa mengharap dan merancang, tetapi untuk mengatur dan merancang memerlukan pendirian yang hati-hati dan benar-benar tulen. 

Kemudian kita lihat pula sebuah cerpen dalam bentuk surat yang cuba dipopularkan semula oleh Kamaruzzaman Kelantan menerusi cerpennya “Sepuchuk Surat Dari Ulu” (Utusan Zaman 13 Februari).Pengarang mendekatkan kita kepada satu sosio-protes di mana satu pencerobohan dan pendedahan dilakukan terhadap suatu organisasi gerakan rakyat dalam sebuah daerah di pedalaman. Pembaca berdepan dengan nasib rakyat di mana nikmat kemerdekaan bagi mereka cuma bayang-bayangan sahaja dan di mana kemerdekaan dalam erti kata sebenarnya masih belum wujud. Suara batin ‘sahabat’ memberikan kesempatan si pengarang mempertajamkan kecaman-kecaman atas kelemahan dan keburukan dalam satu corak pemerintahan yang jelas dicanangkan dengan cara yang agak jujur dan wajar.Bagaimanapun saya kurang bersedia untuk menganggap cerpen ini khusus ditujukan kepada masalah rakyat di pantai timur sahaja. Pun tidak seharusnya dianggap cerpen ini kononnya lahir di saat mana pilihan raya kecil kawasan Tumpat atau menyangka boleh menolong kempen pilihan raya sebagaimana yang pernah dikemukakan oleh beberapa orang pengulas. (Lihat ulasan Saudara A. M. Hilmy dan Mohammad Yunus mengenai cerpen ini dalam Utusan Zaman 20 Februari. 

Sebuah problem yang ditimbulkan untuk gambaran sesuatu tempat mungkin terdapat juga berlaku di daerah lain dan sebab itu tidaklah seharusnya kita terus mengecap sesuatu perkara berdasarkan kedudukan pengarangnya sahaja. Terlalu banyak pembeberan yang cuba diasak oleh pengarang ke dalam cerpennya. Pengarang menampakkan bakat untuk mengkritik dengan halus dan saya rasa efektivitas cerita ini terletak pada kekayaan bahan yang diperkatakan, sehingga kita benar-benar begitu bersimpati dengan keadaan yang berlaku.A.F. Yassin pula melalui cerpen “Nyiur Bertuah Nyiur Celaka” (Mingguan Malaysia, 13 Februari) segera mengingatkan kita kepada cerpen-cerpen yang pernah tersiar selepas merdeka, di mana persoalan tentang pembangunan luar bandar begitu hangat diperkatakan. Namun,sebagai satu persoalan tentang masalah hidup tertentu yang kemungkinannya besar masih terdapat lagi pada masa ini, cerpen ini dari segi penceritaannya tidaklah begitu mengecewakan, biarpun dapat memuaskan satu mood yang sangat sesuai sahaja. Daripada pemaparan watak Pak Dollah umpamanya, jelas kita mendapat kepastian tentang titik-titik hitam putih yang masih membendung jiwa manusia yang akan mengalami corak dan pembaharuan zaman dalam hidupnya. Pak Dollah lebih senang untuk mengatakan bahawa jasa pohon kelapa di tepi rumahnya, yang tidak dibenarkan ditebang oleh pihak LLN itu, lebih besar daripada jasa wakil rakyat di kampungnya. 

Betapa terasa persoalan ini menggenggam perhatian kita pada mulanya, kita begitu bersimpati melihat nasib Pak Dollah yang terpaksa tunduk kepada perubahan zaman sedangkan dalam diri Pak Dollah terasa betapa perlunya seseorang itu memperkemaskan kehidupan sendiri yang sekian lama begitu sempit dan kurang diberikan perhatian sebelum menghadapi dan menerima corak hidup yang baharu. Untuk kesekian kalinya pula kita bertemu lagi dengan masyarakat petani melalui cerpen “Pahlawan Cangkul” (Utusan Zaman 20 Februari) oleh Mansur Abdullah. Dan kesekian kalinya pula kita masih melihat pengarang yang belum bersedia untuk bersikap ‘optimistik’. Pun kalau dirasakan perjuangan petani masih merupakan satu perjuangan yang menghampakan, masih juga terus menderita walaupun sudah banyak cara dijalankan, tidaklah pula ganjil kalau pada ketikanya, perjuangan itu diberikan satu kemenangan. Ada baiknya kalau “Pahlawan Cangkul” berakhir dengan satu kemenangan supaya ganjarannya akan lebih bererti untuk membasmi gejala-gejala yang tidak sihat terhadap gelagat manusia yang masih percaya kepada kuasa-kuasa ghaib, tahayul dan sebagainya untuk seterusnya membuktikan bahawa tidak selamanya perkara itu dapat dijadikan pegangan sebaliknya menjadi batu penghalang besar ke arah kemajuan.

Selain itu, ilmu jiwa juga telah banyak mempersoalkan perasaan bersalah terhadap sesuatu kejadian yang sesungguhnya tidak begitu langsung disedari. Demikian terdapat dalam cerpen “Remon Akan Pulang” (Mingguan Malaysia, 20 Februari) oleh Baharuddin Kahar di mana efeknya timbul daripada satu tindakan oleh satu pihak yang tidak menerima suasana sekelilingnya. Apabila suasana dalam satu keluarga terus-menerus tidak tenteram sehingga memecahbelahkan suami isteri, kekeruhan yang tersimpan dalam hati Remon tidak bisa disimpannya berlama, lantas dia lari daripada rumahnya sebagai jalan keluar. Walaupun tindakan Remon agak wajar, namun kita masih belum jelas tentang sebab-sebab Mak Lijah, ibu Remon, sering berkelahi dengan suaminya. Pengarang tidak pun menerangkan sebarang kekurangan dan kecelaan dalam keluarga mereka. Malah pengarang terlalu menekankan objek-objek yang visual tanpa mendalami titik-titik asal sebelum benar-benar dapat diterima satu interaksi daripada objek itu sendiri.

Kalaupun mahu dicari kelemahan dalam cerpen ini, maka itulah yang agak ketara dilihat. Dalam dunia cerpen juga ada kalanya idea daripada seorang pengarang tidak terjangkau oleh ‘daya terima’ sesetengah pembaca, malah kadang-kadang sebuah cerpen mungkin tidak memberikan kesan apa-apa dengan pembacaan sepintas lalu sahaja, sedangkan jika diteliti dan difi kirkan tersingkaplah rahsia sebenar yang cuba dicanangkan oleh pengarangnya. Cerpen “Musa Hilang di Bulan” (Utusan Zaman 27 Februari) oleh Aziz Afkar membuktikan hal ini. Sekali imbas, mungkin kita menyangka bahawa pengarang cuba berlucu-lucu, tetapi sebenarnya banyak perkara yang mengisi mesej pengarang. Mingguan Malaysia dan Utusan Zaman 27 Februari (?)

Wednesday, 16 August 2017

SELAGI STOK MASIH ADA. EDARAN SECARA ONLINE SAJA!


SELAGI MASIH ADA STOK!
Buku-buku karya A.F.Yassin. 
Bagi yang berminat boleh berhubung dengan pengarangnya
 melalui FB, WHATSAPP, atau pm langsung dengan pengarangnya  
melalui HP 012 8082512. Harga boleh dirunding  
tidak termasuk belanja pos.




The upcoming title due in October 2017. Boleh buat pesenan sekarang

Etika Wartawan,  RM50
RM35
RM25

RM25
RM50
RM45
Karya pengarang  sejak tahun 1974

MISTERI ABAH NAIK HAJI KE MEKAH

Emak,  Minah Wahab bercerita tentang abah, Yassin Zainal ketika menunaikan Haji ke Mekah bersama ibu saudaranya Mija Jaafar di rumah Rozita di Putrajaya. Sebelum itu emak bercerita tentang  Tok Guru Ibrahim Rembau, seorang ulama yang pernah tinggal di Bongek. Ulama ini sama “mengaji"  dengan  Yassin  Zainal di Kelantan dan di Kedah satu masa dahulu. Salah seorang tokoh ulama yang mengajar mereka mengaji ialah Tok Kenali. Menurut emak, abah mengaji setahun selepas kedatangan Tok Guru Ibrahim ke Kelantan.

Menurut emak lagi, abah bersama abangnya, Mohd Yatim Zainal, Lebai Hitam Ali, suami Hajah Zabedah Taha yang beribukan Puteh (anak angkat Mija (Anjang) dan Harun Lassim dari Mungkal, ayah Badariah Haron, Ulu Gadong telah mengasaskan Madrasah Ulu Gadong. Madrasah ini mulanya didirikan berhampiran Surau Haji Mohd. Yatim di Ulu Gadong, sebelum dipindahkan ke lokasinya yang ada sekarang. Madrasah ini kemudian diambil oleh Kerajaan dan dinamakan Sekolah Agama Haji Mohd Yatim, Ulu Gadong.

 Haji Mohd Yatim adalah bekas Kadi Rembau, sementara abah yang menolak tawaran untuk menjadi guru agama Askar Melayu (jawatan yang kemudian ditawarkan kepada Lebai Hitam) kekal sebagai penceramah bebas dan untuk menyara hidup bekerja sebagai penoreh getah. Cerita kemudian berpusat kepada pengalaman abah yang menurut emak  banyak mengandungi episod-episod misteri yang sehingga hari ini masih belum dapat dirungkai. Namun banyak daripada peristiwa itu turut kami alami sepanjang kami besama dalam satu keluarga, ketika saya sendiri mengenali abah sejak berumur lima atau enam tahun (1949).

Salah satu peristiwa misteri itu ialah ketika abah yang masih kecil dibawa Mija (Uwan Anjang) menunaikan haji ke Mekah. Mija ketika adalah isteri kedua Undang Rembau, Dato’ Maharaja Lela Haji Sulong Miah. Mereka suami isteri menetap di Tanah Datar yang lokasinya ke hulu rumah Haji Taha, ayah Mohd Dan, Abdullah dan adik-adiknya. Mija mempunyai seorang anak angkat bernama Puteh. Puteh berkahwin dengan Taha dari Kendong (?). Kurang pasti adakah Puteh telah dipelihara Mija sebelum atau sesudah ke Mekah. Jika pemergian Mija ke Mekah ini  dihubungkan dengan niat untuk mendapatkan anak, maka besar kemungkinan Puteh belum diambil untuk dijadikan anak angkat.

Mereka ke Mekah dengan menaiki kapal dari Singapura. Difahamkan oleh kerana pelayaran memakan masa kira-kira dua minggu mereka membawa bekalan yang banyak untuk menampung perjalanan pulang pergi ke Jeddah. Dan oleh kerana Mija isteri seorang pembesar Rembau maka wang dan kemudahan tidak menjadi masalah. Tidak ada halangan atau masalah besar yang mereka alami sepanjang mengerjakan haji sehingga satu waktu dalam perjalanan pulang dari Mekah ke Jeddah. Perjalanan jauh itu dilakukan dengan menaiki unta kerana kenderaan seperti kereta dan kapal terbang belum wujud. Abah yang masih kecil ketika itu telah memasang niat untuk tinggal di Mekah lebih lama. Abah mahu belajar agama seperti halnya masyarakat Melayu yang ke sana mahu belajar. Abangnya Mohd Yatim naik haji ke Mekah dan berjaya tinggal di sana selama empat tahun sebelumnya. Pada masa yang sama abah seperti mendengar dari dalam telinga emaknya, Lanjung (Uwan Aruh), menyerunya pulang. Bisikan ini  berulang kali didengarnya. Maka abah menjadi serba salah terperangkap dengan keinginan mengejar ilmu dengan bisikan dan seruan emaknya menyuruhnya pulang. Menurut cerita emak, Mija mahu anak saudaranya itu pulang bersamanya. Dan dalam keadaan main tarik-tarik tali itu Mija dan rombongan pulang tanpa membawa Yassin bersama

Mija tiba di Jeddah keesokan harinya. Dan alangkah terperanjatnya Mija apabila mendapati abah telah berada di Jeddah. Mija hairan dan tertanya-tanya bagaimana abah boleh sampai dahulu kerana tidak ada kenderaan yang lebih pantas selain daripada unta untuk berjalan jauh dari Mekah ke Jeddah. Dan jika perjalanan sekarang siambil kira dengan menggunakan bas, ia akan mengambil masa sehingga lima jam. Maka berbagai-bagai kemusykilan timbul bagaimana abah boleh sampai dahulu daripada mereka. Jika abah menaiki unta dan mengikuti kafilah atau rombongan lain, sudah tentu abah akan sampai lama sesudah ketibaan Mija. Emak sendiri tidak dapat merungkai peristiwa misteri itu sehinggalah emak meninggal beberapa tahun yang lalu. Abah meninggal dunia pada awal tahun 1984 di Kg. Gadong kerana sakit tua. 12 mac 2008.

Tuesday, 15 August 2017

"SUATU MALAM KITA BERTEMU DALAM MIMPI"

Allahyarham Ma'arof Saad


25 Januari 2008
Saya terbangun tengah malam, tapi tak pasti pukul berapa. Saya bermimpi bertemu dengan kawan lama, Arwah Ma’arof Saad. Arwah hadir dbersama-sama kawan-kawan yang lain, tapi yang saya ingat Datuk Jalil Abd. Rahman, mantan Pengarah DBP Cawangan Sarawak tidak ingat nama kawan-kawan yang lain itu. Apa yang saya ingat ialah saya terperanjat melihat Ma’arof ada bersama kami kerana saya tahu dia telah meninggal lama. Salah seorang daripada kawan-kawan yang hadir secara melawak berkata, “Kawan kita itu hadir kerana baru balik dari tempat jauh.” Sehingga saya terbangun dari tidur saya masih mengingatkan bagaimana Ma’arof boleh hadir. Saya juga kurang pasti kenapa kawan karib yang kami sentiasa bersama, Jalil Rahman, turut hadir.

Apapun jua saya mempelawanya menjamah makanan yang ada. Seperti ketika kami bersama lazimnya dia sering berkata ketika kami mempelawanya makan,”tenang saja. Sebentar lagi gua makan.” Selama bersama  dalam mimpi itu, Arwah tidak banyak bercakap. Arwah lebih suka memerhati daripada berbuat sesuatu. Saya tidak dapat mengingatkan apa yang kami bualkan. Masalah yang saya hadapi sekarang ialah susah mengingat apa yang dimimpikan sebaik sahaja terjaga daripada tidur. Tidak jelas apakah sebabnya. Setiap kali bermimpi dan terjaga amat sukar untuk saya mengingati mimpi yang baru dialami. Juga, saya tidak dapat mengagak apakah implikasi mimpi itu terhadap kehidupan sehari-hari saya berikutnya.

Apabila saya tidur kembali saya bermimpi lagi. Kali ini saya benar-benar tidak ingat apa yang saya mimpikan. Apakah ia sambungan daripada mimpi terdahulu atau lain pula yang dimimpikan. Sebelum tidur malam tadi, saya menonton berita Nightline TV3 bahawa mantan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Seri Megat Joned meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Allahyarham berusia 65 tahun dan menghidap penyakit barah (prostate gland) sejak satu setengah tahun yang lalu. Arwah Megat meninggalkan dua orang balu, seorang daripadanya pelakon Zeila Jalil. Allahyarham dibawa ke rumahnya di Kelana Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tiara. 

Antara yang hadir menziarahi jenazah ialah Raja Muda Perk, Raja Nazrin, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dan mantan Perdana Menteri Tun Mahathr Mohamad.Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tengah berada di Davos, Switzerland menghadiri Forum Ekonomi Dunia. Beliau mengucapkan takziah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Jumaat, 

Saya, Arwah Ma'arof dan Jalil Rahman berkawan rapat semasa bertugas di DBP. Saya ketika itu bertugas di Unit Majalah, Jalil di Unit Buku Umum dan Ma'arof di Unit Panel Hadiah Sastera. Ketiga-tiga Unit ini adalah di bawah Bahagian Penerbitan Umum yang diketuai Kamaluddin Mohammad atau Keris Mas dengan Timbalannya Dato' M. Noor Azam. Oleh kerana karibnya hubungan  kami memiliki jenis kereta yang sama, iaitu Volkswagen. Kalau tak silap kereta Volkswagen  saya berwarna merah, Maarof hijau manakala Jalil putih. Hampir setiap petang sebelum pulang ke rumah masing-masing kami singgah di warong mamak di Jalan Semark berhampiran Depoh Polis dan Kementerian Pertahanan untuk minum "teh tarik". Yang anehnya apabila kami bersembang kami tidak menggunakan dialek biasa, tidak juga sebutan baku tapi lebih mirip sebutan  dialek Indonesia, Cina dan India digabungkan. 

Jadi ketika bercakap dalam gabungan ketiga-tiga dialek ini  jelas kedengaran bagaikan kami bercakap dalam sebutan yang ala caca merba. Melayu tidak, Cina tidak Tamil apa lagi,  sehingga kami ditegur oleh  Allahyarham SN Datuk Abdullah Hussain. Katanya, "Saya tak faham kamu bertiga ini. Apa bahasa yang kamu gunakan. Melayu tidak, Cina tidak dan Tamil jauh sekali." Selalunya Ma'arof akan menjawab, "Bong, tarak juga, gua bertiga guna Melayu punya bahasa juga. Cuma itu telor cikit lain juga ada." Abdullah cuma dapat geleng kepala dan diikuti oleh ketawa Saleh Daud yang duduk berdekatan.Ada tikanya kami bertiga "merayau" bersama-sama hingga jauh malam, dan hanya pulang setelah makan malam di kedai makan yang sering kita kunjungi, atau di warong di Benteng berhampiran Dataran Merdeka. 

Namun tempat yang paling kami gemari ialah Restoran Yassin yang menyediakan Nasi Beriani di Jalan Masjid India atau kadang-kadang di Hotel Merlin di Jalan Sultan Ismail. Sesekali kami terserempak juga dengan orang-orang politik yang "berlabuh" sampai jauh malam. Biasanya kami hanya menaiki satu kereta dengan menggunakan kereta masing-masing secara bergilir. Jalil tinggal di Taman Maluri, Ma'arof di Sungai Way manakala saya di Jalan Loke Yew menyewa bilik di sebuah Flat tiga tingkat bersama Sutong Umar RS. . Kami terpisah oleh keadaan kerana saya mula bertugas di Penerbit Fajar Bakti mulai 1983, Ma'arof masih tetp di DBP sehingga saya menariknya bekerja di Penerbit Fajar Bakti setahun kemudian sementara Jalil terpaksa bertugas sebagai Pengarah DBP Cawangan Sarawak. 

Itulah ketika saya terjaga daripada  mimpi malam itu saya terus teringat hubungan trio ini yang mempunyai unsur keebersamaan daripada sudut pertuturan tiga loghat yang mungkin sampai ke hari ini masih menjadi tanda tanya buat sesetengah kawan-kawan di DBP, terutama Allahyarham SN Datuk Abdullah Hussain. Al-Fatihah buat kawan-kawan yang terlebih dahulu meninggalkan kami. 25 Januari 2008. 





IN MEMORY OF MY LATE SON, FAIZAL FADZIL


My late eldest son, Ahmad Faizal Fadzil

Apparently life has been what I would say so helpless and sour by the day lamenting the loss of our first born son, Faiz (full name Ahmad Faizal) since he passed away on 13 March 2007, aged 39. He was an ex-journalist with Berita Harian and later worked as a Deputy Head of Research and Information in the Menteri Besar Johore'office under the then Menteri Besar Datuk Abd. Ghani Othman. It was a crushing blow to us both then and never had we thought life would be so devastating and rotten as I felt it to this day. Faiz was so adorable. He was a very abedient and unselfish son, loved by all - familes, friends and adversaries alike. The loss seems unbearable as time goes by. I feel it and the more I think about him the more I feel desolate and lifeless. He was my future hope and the benevolence of my children and grandchildren. In fact he was our inspiration.

The thought of my son’s demise ia clearly becoming the source of my discomfort as I would have to exert extra inertia  to complete the work entrusted to me by Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), doing research for DBP’s programme on the achievement of the  Malay language since 50 years ago, and while at the same time I could not help but thinking of my late son. He was always in my mind. . At times we forcefully took our time off visiting Faiz's "pusara" at Kubu Gajah Cemetry in Sg. Buloh. Nonetheless, life has to go on despite the setback. Hopefully we will survive God Willing! - Sunday, 18 Februaary 2008