![]() |
Kemajuan kerjaya A,F,Yassin sejak tahun 1963 |
SEBAGAI orang lama yang memulakan kegiatan sastera seawal
tahun 60-an, A.F. Yassin amat bertuah kerana sempat bekerja
bersama-sama empat Sasterawan Negara dan seorang tokoh
wartawan. Mereka yang beliau sifatkan guru ialah Tan Sri A. Samad Ismail,
Datuk A. Samad Said, Datuk Usman Awang, Keris Mas dan Datuk
Shahnon Ahmad.
Anak kelahiran Negeri Sembilan itu yang mencecah usia 53 tahun
menjelang Disember depan juga boleh berbangga kerana sempat bergelumang
di dalam tiga cabang bidang persuratan. Beliau memulakan
kerjaya sebagai wartawan akhbar Berita Harian sebelum bertukar ke
bidang majalah di Dewan Bahasa dan Pustaka dan melengkapkan ilmu
persuratan dengan mendalami dunia buku di Penerbit Fajar Bakti.
“Semua itu pengalaman yang amat berharga. Asasnya sama, iaitu
dunia persuratan, namun ada perbezaan tersendiri antara akhbar, majalah
dan buku saling yang berkaitan,” katanya.
Berbekalkan pengalaman berharga itu, A.F. Yassin yang kini menyandang
jawatan Pengarah Editorial, Penerbit Fajar Bakti bertekad
menjanakan misi tersendiri dalam memperjuangkan perkembangan
dunia sastera.
“Sebenarnya ada sesuatu yang merisaukan saya sejak dulu hingga
sekarang, iaitu masalah memasarkan buku sastera. Semua orang
tahu, kalau buku sastera itu tidak menjadi buku teks sekolah, jangan
mimpilah angka jualannya akan mencecah ratusan ribu. Jadi, agenda
utama saya kini di Fajar Bakti adalah untuk memperluas pasaran buku
sastera. Caranya, menghasilkan lebih banyak buku sastera untuk remaja
kerana merekalah golongan pembeli utama. Bukan merendahkan
mutu sastera tetapi menghasilkan suatu karya yang bersifat menengah,
iaitu karya sastera yang lebih dekat dan ada kaitan dengan remaja,”
katanya.
Menurutnya lagi, biarpun masyarakat hari ini sibuk memperkatakan
Internet, komputer dan Koridor Raya Multimedia (MSC), sastera
akan tetap berkembang dan buku akan tetap menjadi rujukan utama.
“Dulu orang cakap, kalau sudah ada televisyen, radio akan terkubur
tetapi kenyataan itu terbukti tidak benar. Samalah juga antara komputer
dengan surat khabar, majalah dan buku. Bahan cetak itu akan
terus diperlukan. Contohnya, nak pandai guna komputer perlu ada
buku rujukan. Jadi, tak perlu risau mengenai hal itu. Sastera juga akan
terus berkembang, cuma temanya saja yang mungkin berbeza tetapi
dasarnya tetap sama,” katanya.
PROFIL
NAMA: Drs. Ahmad Fadzil Yassin
NAMA PENA: A.F. Yassin, Fuad Hashim dan Pena Kembara
TARIKH LAHIR: 25 Disember 1944
JAWATAN: Pengarah Editorial Penerbit Fajar Bakti
PENDIDIKAN: Sarjana Sains Komunikasi Universiti Padjadjaran,
Bandung, Indonesia
PENGALAMAN:
1971 – Wartawan kadet Berita Harian
1972-73 – Anggota Sidang Pengarang Majalah DBP
1974-76 – Timbalan Pengarang Dewan Masyarakat
1980-82 – Pengarang Dewan Masyarakat
Jan-Mac 1993 - Pengarang Dewan Budaya
1983-93 – Pengurus Editorial Penerbit Fajar Bakti.
1993 – Pengarah Editorial Penerbit Fajar Bkti.
KARYA:
Antaranya:
Nyiur Bertuah, Nyiur Celaka; Kuala Lumpur (antologi cerpen); Suatu
Subuh Yang Bening; Angin Pulau; Alun Menggulung Perlahan; Cerpen
Selepas Perang (antologi cerpen bersama); Hidayah; Permatang
Budi (antologi puisi bersama).
![]() |
Apa mereka kata tentang A.F.Yassin |
No comments:
Post a Comment