![]() |
Ma'arof Saad pernah mengulas tentang sahabatnya terutama polemiknya dengan Yahaya Ismail dalam dalam akhbar tempatan |
![]() |
Kerjaya seorang sahabat yang dikenali Ma'arof sejak tahun 1972 |
![]() |
Antologi Esei buku seorang sahabat karibnya terbitan DBP |
Karya kawan karib berdasarkan tesis kesarjanaan |
Mingguan Malaysia dan Utusan Zaman. Wadah yang menampung
karya kreatifnya dewasa itu semacam tidak ada pilihan
lain, selain Mingguan Malaysia dan Utusan Zaman. Seakan-akan memberi
petanda; oleh sebab Utusan Melayu pernah menyebarkan konsep
“Seni Untuk Masyarakat” supaya menjadi pegangan sasterawan melalui
polemik yang ditangani oleh Keris Mas dan Usman Awang (kebetulan
kedua-duanya ketika itu bekerja di Utusan Melayu), maka A.F.
Yassin begitu yakin peranan Utusan Melayu boleh memperkembangkan
kesusasteraan Melayu.
Padahal cerpen sulungnya pernah tersiar di majalah Dian, tetapi
dia tidak pula terus menghantar karyanya ke majalah Dian. Dia pernah
pula bertugas sebagai subeditor dengan Berita Harian, pun Berita
Minggu bukanlah pilihannya yang utama. Mungkin A.F. Yassin mahu
menyembunyikan bakat kreatifnya daripada A. Samad Said, sebab dia
di bawah pimpinan bekas editor Berita Harian itu. Justeru, dalam diam-
diam dia menghantar banyak cerpennya ke Utusan Melayu. Siapa
tahu?
Sepuluh tahun kemudian A.F. Yassin mengendalikan Dewan Ma-
syarakat di bawah tunjuk ajar M. Noor Azam. Banyak pula tulisannya
ditemui dalam Dewan Masyarakat. Kerap disentuhnya hak-hak tentang
politik dan sosial. Sesekali tentang ekonomi. Selama bertugas sebagai
editor Dewan Masyarakat, dia banyak membuat perubahan dalam
format persembahan bersama ketua editornya, M. Noor Azam. Yang
paling ketara merubah pendekatan penulisan artikel kepada yang lebih
current dan topical sifatnya, tetapi dia tidak sampai menanggalkan ruang
cerpen dan sajak daripada Dewan Masyarakat.
Mungkin pada fi kirannya audiens sastera boleh juga menambahkan
naskhah jualan Dewan Masyarakat atau selagi Dewan Masyarakat tidak
mampu mengikut rentak keluaran Tempo pada tiap-tiap minggu,
maka ruangan cerpen dan sajak perlu dikekalkan. Apatah lagi memikirkan
antara fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka turut memperkembangkan
dan membina kesusasteraan. Anehnya lagi, tidak sebuah pun
cerpennya tersiar dalam Dewan Masyarakat. Dia lebih betah menghantar
cerpennya untuk diterbitkan dalam Dewan Sastera. Begitu disiplin
pemikiran dan peribadi yang ada pada diri A.F. Yassin atau nama
penuhnya Ahmad Fadzil Yassin.
Hari Krismas tahun 1944 adalah hari kelahirannya. Apabila Jepun
menyerah kalah pada September 1945 yang menamatkan Perang Dunia
Kedua, tempat kelahirannya di Kampung Gadong, Kota, Negeri Sembilan
tidak ditemui lagi Jepun berkeliaran. Sisa kemelesetan ekonomi
selepas perang tidak pula membantutkan pendidikannya di Sekolah
Melayu Kota. Kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Menengah
Tunku Besar Tampin sehingga Senior Cambridge. Meng-ambil Higher
School Certifi cate di English College, Johor Bahru. Kini, dia adalah
seorang sarjana dalam bidang ilmu komunikasi, setelah menerima
ijazah sarjana jurusan kewartawanan di Universiti Padja-djaran, Bandung.
Dia juga bekas pelajar Institut Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.
Bintang Terang
Dalam bidang kerjaya, dia mula bekerja sebagai guru sementara di
Tamil Primary School, Tampin dan Astana Raja English School, Kota,
Negeri Sembilan pada tahun 1963. Setahun kemudian berkhidmat
pula sebagai Penyelia Teknik dengan Syarikat Textile Corporation (M)
Limited di Johor Bahru. Dia berkesempatan mengikuti kursus lanju-
tan teknikal dalam bidang tekstil di Nagoya, Jepun selama enam bulan
pada tahun 1969.
Mulalah A.F. Yassin memasuki budaya kerja Jepun. Waktu kerja tidak
boleh beriseng-isengan. Mesti tekun dan bijaksana menimba ilmu.
Selepas kerja barulah dia terangsang melepaskan stres dengan mengunjungi
tempat minum dan makan di samping berhibur. Pulang ke
penginapan baginya untuk tidur sahaja tanpa ada kegiatan lain.
Sekembali dari Jepun dia dinaikkan ke jawatan Jurulatih Teknik
Tekstil, tetapi jiwanya selalu berontak. Seorang yang berpendidikan
aliran sains tiba-tiba amat berminat dalam penulisan kreatif. Justeru,
dia melamar kerja dengan Berita Harian. Tidak lama kemudian berpindah
pula ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pembantu sastera. Mulalah
dia menakah ke jawatan editor dan bintangnya terang, sewaktu
berkhidmat di DBP dia dapat melanjutkan pelajaran di Bandung.
Kini, dia sebagai aktivis budaya di Penerbit Fajar Bakti. Memulakan
tradisi baharu dengan menerbitkan karya-karya sastera umum seperti
novel, cerpen, puisi dan drama yang ditulis oleh Sasterawan Negara
seperti Shahnon Ahmad, Keris Mas, A. Samad Said dan Usman Awang.
Novel pertama yang dirintisnya ialah Tok Guru karya Shahnon Ahmad
(1988). Sebelum itu dia telah mendapatkan hak izin terbit untuk
menerbitkan semula Keluarga Gerilya karya Promoedya Ananta Toer
(1988). Sebagai penulis kreatif dan non-kreatif di samping kerjayanya
sebagai orang kanan dalam bidang pengurusan di Penerbit Fajar Bakti,
dia sering bertindak seperti ‘menarik rambut dalam tepung’ untuk
memenuhi aspirasi penulis.
Sehingga kini A.F. Yassin telah pun berjaya menghasilkan antologi cerpen
Nyiur Bertuah Nyiur Celaka (1981) dan Kuala Lumpur (1986). Ada
juga cerpen-cerpennya yang diantologikan secara bersama yang berjudul
Suatu Subuh yang Bening, Dongeng Merdeka, Alun Menggulung
Perlahan, Titisan Indah di Bumi Merkah dan Angin Pulau.
Tesis kesarjanaannya tentang etika kewartawanan diolah kembali
dalam bentuk buku dan diterbitkan pada tahun 1986 dengan judul
Etika dan Wartawan. Dalam bidang puisi, dua puisinya Rhine di Satu
Senja dan Sewaktu-waktu telah diantologikan secara bersama dalam
sebuah buku yang berjudul Permatang Budi (1991). Puisi Rhine di Satu
Senja pernah meraih Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank.
Akhir-akhir ini kita tidak menemui lagi karya kreatif A.F. Yassin, rupa -rupanya
dalam senyap-senyap dia sedang menulis novel pula.
“Entah bila siapnya,” katanya separuh yakin. Mungkin kesibukan
yang menghalang proses kreatifnya. Dia pernah menganggotai panel
hakim Hadiah Buku Kebangsaan (1989-91) atas lantikan Majlis Kemajuan
Buku Kebangsaan (MKBK), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sejak dari 1989, A.F. Yassin dilantik sebagai anggota panel penasihat
Kursus Diploma Sebaran Am (penerbitan) oleh Kajian Seabaran Am,
Institut teknologi MARA, Shah Alam, Selangor - Oleh Ma'arof Saad
(Dipetik dari buku Memoir A.F.Yassin 2 Menuju Pelabuhan Waktu yang sedang dalam penyelenggaraan.)
No comments:
Post a Comment