![]() |
Bahari Abd Rahman (kanan) bersama Abdullah Abd Rahman (tengah) dan Ahmad Fadzil Yassin |
![]() |
Dua beradik Abdullah Abd Rahman (kanan) dan Bahari Abd Rahman di pejabat Abdollah di Taman Sri Rampai, KL. |
![]() |
Abdullah Abd Rahman bersama buku Negeri Yang Sembilan karangan Nurhalim Hj Ibrahim |
![]() |
Dua beradik dari Ulu Gadong ini sentiasa berdua ke mana mereka berada. Ketika ini ereka berada di Eon Mall Rawang sedang ngeteh |
Ini bukan lagu perjuangan rakyat Indonesia yang menentang Belanda
sebelum merdeka. Bagi mereka yang mengingati senikata
lagu Ole-Ole Bandung tentu sederap dalam hati nukilan perjuangan
yang sehingga ke hari ini belum selesai-selesai. Namun tajuk Ole-Ole
Bandung ini sekadar melampiaskan curahan rasa ketika berkunjung
ke negara jiran itu selama seminggu mulai 11 januari 2012 yang lalu.
Makna kata Ole-Ole Bandung kali ini adalah manifestasi nostalgik kami
anggota rombongan yang berkesempatan beriadah ke negara jiran yang
hampir 90% berbudaya sama walaupun dibilang orang tak serupa.
Anggota rombongan, enam orang semuanya terdiri daripada satu
keluarga berempat dan diiringi dua teman sewarih tetapi menetap di
Kuala Lumpur. Merekaialah Tuan Haji Abdullah Abd. Rahman dan adik
kandungnya, Bahari. Abdullah orang kuat di masjid Taman Sri Rampai,
Setapak Jaya manakala Bahari pesara kerajaan yang suatu ketika aktif
dalam pertubuhan belia.
Pun beliau bertugas dengan kementerian yang
berkait erat dengan komuniti belia. Hanya disayangkan Abdullah dan
Bahari sempat empat hari bersama kami kerana sibuknya barangkali di
taah air. Kurang pasti sama ada adik-abang ini puas hati dengan kunjungan
singkat empat hari di Bandung dan Jakarta. Tujuan utama ke
negara jiran itu adalah untuk memenuhi hajat ibu, Minah Wahab, untuk
berziarah ke makam Wali Songo Gunung Jati yang terletak di Cire-
bon. Sudah lama ibu menyuarakan hajatnya sejak kami menyebutnya
pada tahun 2009.
Ketika itu ada rombongan keluarga seramai 12 orang ke Bandung
namun atas sebab kesibukan waktu hajat ini tidak dapat dipenuhi. Namun
rezeki menyebelahi ibu dan Ahamdulillah hajat ini berhasil disempurnakan
pada Ahad, 15 Januari 2012. Mess Departemen Mineral dan
Energi Indonesia Bandung tempat penginapan anggota rombongan
sepanjang kunjungan ke Bandung 11-17 Januari 2012. Bagi Abdullah
dan Bahari kunjungan bersama ke Jakarta dua hari sebelumnya harap
menjadi kenangan manis selama berada di negara jiran itu. Sejak pagi
lagi kami berenam (didampingi empat anggota keluarga kami) bergerak
ke Jakarta melalui kunjungan awal ke Tangkuban Perahu dan Taman
Safari di Cisarua, Bogor. Kurang pasti apakah Abdullah dan Bahari sudah
pernah berkunjung ke Tangkuban Perahu dan Taman Safari.
Menurut info dari Bahari sendiri, beliau sempat berkunjung ke
Safari tetapi tidak masuk ke taman. Abdullah tidak pula menyatakan
apa-apa barangkali dia belum jejakkan kaki ke taman berkenaan.
Bagaimanapun ke Tangkuban perahu sudah mereka kunjungi. Kunjungan
ke Tangkuban Perahu pagi itu diiringi awan mendung dan hujan
renyai sekejap-sekejap. Akibatnya Ibu terpaksa berada dalam kenderaan
sepanjang berada di atas gunung yang setinggi lebih lima ribu
kaki dari paras laut itu. Dalam beberapa minit sahaja dua adik-abang
ini sudah hilang dari pandangan, barangkali pula mereka mencari ketenangan
di pagi hening begitu. Ketika muncul semula setengah jam
kemudian mereka bercanda mengatakan berada di warong kopi “lagi
nungguin jagung bakar dan kopi susunya.” Bila saya tanya enak nggak,
Abdullah menjawab, “kureeeng..”
Ada mitos di sebalik keindahan wisata alam Tangkuban perahu. Lagenda
mulut ke mulut berbicara tentang kisah cinta anak muda yang
berahikan ibunya yang cantik menawan. Kisah cinta anak kepada ibu
ini menyamai cinta inses yang terlarang. Namun cinta tetap cint biarpun
apa hubungannya sesama keluarga atau famili. Disebabkan terlalu
asyik dan mahsyuknya dua insan dalam bercinta, walaupun sang ibu
menasihatkan anak kandungnya tentang larangan Tuhan yang maha
Esa, namun anak, yang sudah dalam “kebutaan cinta” mahu terus
mengharapkan agar ibunya mengecualikan konsep”nahi umgkar” ini.
Akhirnya laknat diturunkan dan terjadilah gempa bumi yang sangat
dahsyat dengan gunung berapi kota Bandung ini meletus. Sebuah
kawah besar terjadi di puncak gunung dan Abdullah mengabadikan citranya
di tebing kawah itu sebagi tanda ingatan akan kebesaran Illahi.
Di Taman Safari di Cisarua, Bogor lain lagi ceritanya. Di Taman ini
margasatwa, berupa haiwan dalam semua jenis lepas bebas di sekitar
taman, malah insan pula yang “terperangkap” dalam kenderaan.
Dengan berbekalkan lobak kuning atau merah insan-insan yang terperengkap
ini cuba memberi makan haiwan ini melalui kaca tingkap
kenderaan. Tapi awas lho, ada yang tidak sejinak yang disangkakan.
Sebabnya setiap haiwan ini ada ragamnya tersendiri untuk mendapatkan
makanan. Contohnya, ada yang “menyengge-nyenggekan giginya
atau muncungnya ke cermin tingkap seperti meminta-minta supaya
lobak itu diberikan kepadanya. Dan ada pula yang seperti tersenyum
apabila menerima lobak. Agaknyalah kerana haiwan ini terus menunjukkan
giginya yang setengah kuning dan setengah putih.
di beberapa kawasan yang berpintu buluh yang buka tutupnya dilakukan
secara automatik, haiwan ganas seperti harimau, singa, badak
sumbu diawasi kakitangan taman yang terus berada dalam keretanya.
Mereka siap dengan senapang pelali andainya terjadi sesuatu yangg
tidak diingin. Oleh kerana hujan maka terjadi sedikit “macet” di sepanjangjalan
yang melewati kawasan penempatan haian ini. Hampir sejam
juga kami dalam taman itu, Ada yang menjerit, ada yang ketawa
dan ada yang simpati melihat haiwan bebas bergerak tetapi sebenarnya
“terjerat” dalam sangkar buatan selebar alam di kawasan Safari ini.
Haiwan-haiwan ini seperti sudah terarah mengamalkan budaya “meminta-
minta” atas keikhlasan sumbangan pengunjung safari. Hanya
sahaja kita tidak melihat komuniti peminta daalam taman ini, seperti
halnya setiap kali kita berada dalam kenderaan yang berhenti di persimpangan
jalan raya menunggu lampu isyarat menyala hijau.
Saya peribadi begitu terasa nostalgia ketika berada di Jalan Sabang,
Jakarta. Di sebuah Hotel yang namanya sempena nama Jalan Sabang
inilah pada satu petang bulan Mac tahun 1976, saya tiba ke Jakarta buat
pertama kalinya dari Kuala Lumpur. Saya disambut dua pegawai dari
Jabatan PelajarMalaysia di Indonesia yang di bawah Kedutaan Besar
Malaysia di Indonesia di lapangan terbang Soekarno Hatta di Kemayuran,
kalau tak silap saya. Seorang pegawai itu, Pak Aziz namanya.
Beliaulah yang menguruskan segala yang menyangkut imigresen dan
kastam. Dan setelah beres saya dibawa ke Hotel Sabang bermalam sebelum
berangkat ke Bandung keesokan harinya.
Malam ini kami akan diraikan dalam satu acara makan malam oleh
dua teman saya bersama keluarganya di Restoran Padang Pemuda, betul-
betul di belakang bangunan Sarinah yang terkenal dengan dua kali
terbakar dan aneka jenis produk batiknya. Dua teman dari Angkatan
1976 Fakultas Publisistik Universitas Padjadjaran Bandung meraikan
rombongan dengan “ala kadar”nya. Ketika kuliah di Unpad, dua teman
ini, Elina Widyastuty dan Irawaty Nasution adalah kelompok belajar
kami seramai 10 orang. Yang lainnya termasuk Yazirwan Uyon, Ariman
Kumerizal Usman,Arnaz, Elvina Hadianto, Immas Sunaryo, Iwan Gimbal
Surod, Deddy Mulyana dan Budiman Sijabat, seorang anak Batak
dari Pulau Semusir yang terletak di tengah-tengah Danau Toba, Medan.
Anggota kumpulan kelompok belajar inilah yang saling membantu
dan saya amat berterima kasih kepada mereka kerana melalui bantuan
mereka, saya keluar menjadi orang pertama yang lulus daripada 154
orang mahasiswa dalam Angkatan 1976 dalam bidang Ilmu Komunikasi.
Itu pada tahun 1980. Hanya malam itu hanya dua orang - Lin dan
Ira - yang sempat hadir. Pun bagi saya mereka berdua melambangkan
solidariti kumpulan dan adalah wakil kelompok belajar Angkatan ‘76
Publisistik, yang kekentalan hubungan masih erat hingga ke hari ini.
Ternyata kemesraan membelai rasa ketika berada di meja makan. Abdullah
dan Bahari, waaupun baru pertama kali bersama hos Lin dan
Ira beserta pasangan meraka, ternyata mampu menyesuaikan diri dan
kami bersurai dua jam kemudian untuk pulang ke Bndung.
Kali in lewat jalan tol berbanding pada siangnya kami mengikuti
jalan biasa, melalui Bandar Cianjur Puncak dan Bogor. Bagi Abdullah
dan Bahari ada nostalgia tersendiri ketika menempuhi jalan ke puncak
ini. Begitu juga saya ada nostalgia saya tersendii apabila pertama kali
menempuh jalan itu dari Sabang Hotel. Untungnya ketika itu saya bersama
satu keluarga suami isteri yang ingin ke Bandung mengunjungi
adiknya, Yunus Mohd Amin, yang sedang selesaikan tesis kesarjanaannya
di Jurusan yang sama di Fakultas Publisistik (kini dipinda nama
menjadi Fakulta Ilmu Komunikasi.
Kami tiba di penginapan kami di Mess Departemen Mineral dan Energi
di Jalan Ganesha berhampirn Masjid Salman dan pintu utama ke
Kampus Institut Teknologi Bandung kira-kira pukul 11.00 malam Wakti
Indonesia Barat. Sehari sebelum berkunjung ke Jakarta kami sempat
membeli belah di Pasar Baru dan di Cibaduyut. Sepanjang hari anggota
rombongan melalkukan apa yang mereka hajatkan. Shopping sakan.
Rombongan dttemani dua kawan lokal, Aep Saefuddin yang turut menjadi
“supir” kami sepanjang tempoh di Bandung dan Mbak Tatty Abbas,
anak ibu angkat kami waktu belajar di Bandung, Ibu Abbas Swarna. Ibu
Abbas adalah salah seorang daripada waris keturunan Wali Songo Gunung
Jati dari Cirebon. Pada sore 12 Januari itu, seusai membeli belah
di Pasar Baru dan Cibaduyut, kami sempat mengunjungi taman rapat
satu angkatan ketika saya menjadi mahasiswa mulai tahun 1976.
Beliau ialah Deddy Mulyana, kini bertugas sebagai Dsksn Ilmu Publisistik
di Univrsitas Padjadjaran, di Jatinangor, sekitar 20 km dari
pusat kota Bandung, arah utara. Dedday kini bergelar guru besar dan
menyandang jawatan Profesor manakala beliau sendiri adalah seorang
Doktor Falsafah dalam bidang Ilmu Komunikasi, Namanya kini Prof.
Dr. Deddy Mulyana dan tinggal di kompleks perumahan Elit Kota
Bandung di Daerah Buah Batu, di selatan Bandung. Beliau baru sahaja
berpindah dari sebuah lagi kompleks peruumahan elit Bandung di Batu
Nunggal sekitar 15 minit perjalanan ke tempat barunya ini. Abdullah
di pekarangan Masjid Salman, Institut Teknologi Bandung (ITB) pada
pagi 13 Januari 2012. Beliau sempat solat Subuh berjemaah di masjid
berkenaan ketika masuk waktu pukul 4.30 pagi waktu Indonesia Barat.
Ketika mengunjungi rumah Prof. Dr. Deddy Mulyana, kami dijamu
dalam satu makan malam dengan masakan “Chinese Food”. Isterinya
Daisy, seorang daripada keturunan China, yang telah memeluk Islam.
Deddy dan Daisy mula bertemu semasa dalam kapal Muhibah Asean-
Japan Friendship tahun 1980-an. Benih cinta bersemi di sini dan mereka
kekal menjadi suami ister hingga ke hari ini dengan dikurniakan
sepasang cahaya mata (seorang lelaki dan seorang perempuan) yang
telah dewasa. Lapangan terbang (bandara) Bandung,Bandara Husein
Sastranegara Bandung pada 14 Januari 2012 ketika menghantar Abdullah
dan Bahari pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 12 tengahari. Pada
pagi 14 Januari 2012, Abdullah dan Bahari mohon diri kepada robongan
untu pulang ke KL dengan pesawat Air-Asia pukul 12 tengahari.
Sebelum ke Lapangan Terbang Bandung (Bandara Husein Sastranegara)
kami menemani Abdullah dan Bahari ke Pasar Kosambi di
jalam menuju ke Pasar Cicaheum arah Jatinangor, untuk membeli buah
salak dan poyem (tapai ubi). “Ole-oleh buat orang rumah,” kata Abdullah.
Saya melihat dari kejauhan ketika mereka berdua melintasi mesin
pengawa berhampiran pintu masuk ruang check-in lapangan terbang.
beberapa minit kemudian mereka keluar semula, setelah mendpat izin
dari satpam (pengawal pintu masuk ke ruang check-in) dan kami bertemu
buat beberapa minit di kedai kopi di seberang jalan. Masih ada
waktu gamaknya. Bahari Abd Rahman berbual mesra dengan
suami Elina Widyastuty, Soemarsono ketika makan malam di Jalan Sabang
Jakarta, 13 Januari 2012. Macam dah kenal lama je hehe.... Dan
kami berempat (termasuk supir Aep) “ngopi dulu. Dan saya tak pasti
apakah Bahari ngopi atau ngoteh hehehe....” Kami tidak lagi melihat
mereka sebaik sahaja masuk kembali melalui mesin pengimbas sekali
lagi. Saya bayangkan mereka ke bilik menunggu di tingkat atas bangunan
bersama-sama ratusan penumpang lain yang sama satu jalur ke
(Dipetik dari buku Memoir A.F.Yassin Mnuju Pelabuhan Waktu
yang sedang di peringkat semak halaman).
No comments:
Post a Comment